Thursday, January 7, 2010

Matlamat kehidupan

Assalamualaikum W.B.T

Adakah anda tertanya-tanya, mengapa kami mencipta blog ini?

Mari kita merenung dan berfikir semula, bagaimana manusia dicipta dari setitis air mani yang hina, namun diamanahkan dua perkara:

1) Beribadah kepada Allah

"Dan kami tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"(Surah Az-Zariyat,51:56)

2) Menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.""(Surah Al-Baqarah,2:30)

Jadi inilah tujuan kami mencipta blog ini, iaitu untuk menyampaikan risalah yang Allah pertanggungjawabkan untuk kita

Sabda Nabi SAW dari Abu Hurairah:
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Kami ingin berkongsi satu lagi firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"(Surah Ar-Ra'd, 13:11)
Harap-harap blog ini dapat memberi manfaat untuk manusia di muka bumi ini dengan BERSANTAI...

Ini sahaja yang kami mampu lakukan kepada para pembaca yang setia:)

Daripada insan-insan yang peduli terhadap insan seluruh alam

Dari hati yang ikhlas: Adam, Izzat, Amin, Syarifuddin, Imran(Pak Su)
Sekian
Wassalam

No comments:

Post a Comment